Bilik & Kadar Harga
Inap Desa @ Homestay Sungai Rokam menawarkan kepada anda 3 ruang penginapan yang dikenali sebagai ' RUMAH 1, RUMAH 2 dan RUMAH 3". Tiga RUMAH ini adalah bersesuaian dengan pembahagian ruang rumah tersebut. Anda boleh memilih ruang yang bersesuaian, namun tertakhluk kepada kekosongan dari semasa ke semasa. Setiap ruang Teratak mempunyai kemudahan Bilik Tidur, Ruang Tamu, Dapur dan Bilik Air serta Tandas. Bagi memenuhi permintaan lebih keperluan tandas dan bilik air, kami menyediakan juga keperluan bilik air di luar rumah tersebut. TERKINI - Kami menyediakan kemudakan Dapur Basah di luar rumah dengan kemudahan Dapur Gas memasak dan kemudahan membasuh. Kami sediakan mesin basuh untuk anda. Kami menawarkan tiga pilihan untuk anda:
​
-
Sewaan RUMAH 1 - RM 300
-
Sewaan RUMAH 2 - RM 180
-
Sewaan RUMAH 3 - RM 280
-
Sewaan Keseluruhan Rumah (SPECIAL PAKEJ) 8 bilik - RM 550 [Semua rumah boleh diakses antara satu sama lain]
-
Sewaan satu bilik single sahaja boleh diatur dengan RM 80.00 semalam + aircond (akses khas)

RUMAH 1
[ 3 Bilik Tidur Queen Bed, Ruang Tamu, Bilik Air & Dapur]
​
RUMAH 1di bahagian hadapan rumah di Inap Desa Sungai Rokam, menawarkan kepada anda 2 Bilik Tidur bersaiz katil 'Queen Bed' dengan kelengkapan cadar, selimut, bantal serta dikorasi bilik yang elegant untuk anda sekeluarga. Bilik dilengkapi dengan kipas, lampu dan di Bilik No.1 penghawa dingin disediakan. Selain itu bilik-bilik dihubungkan dengan ruang tamu yang lengkap dengan Sofa, Meja Makan dan televisyen.

Kemudahan:

-
Ruang Tamu / Ruang Makan
-
Penghawa Dingin (Semua bilik) , TV, Peti Ais, Microwave/Pinggan Mangkuk
-
3 Bilik , Katil Queen setiap satu bilik, Almari setiap bilik.
-
Tandas & Bilik Air
​
Harga Ditawarkan : RM 300 sehari
( Boleh disewa bersekali dengan Rumah 1 dan Rumah 2
dengan harga RM350 sehari )

Bilik ini dilengkapi cadar, bantal dan dekorasi bilik yang menarik

Dilengkapi juga dengan 'cofee table', penghawa dingin dan kipas. Suasana gubahan yang sederhana untuk anda.

Dilengkapi dengan kelengkapan cadar, selimut bantal. Warna bilik yang ceria.

Kelengkapan meja solek, cermin dan almari 'sliding' untuk kemudahan anda.

Dilengkapi Sofa dan ruang tamu yang selesa.

Dilengkapi dengan televisyen, set meja makan, dan sofa serta kipas angin. Suasana seperti rumah sendiri.

Bilik Tidur No.3 di Teratak ini menyediakan katil saiz Queen Bed, Almari pakaian, Kipas angin dan ruang bilik yang selesa luasnya. Terletak berhampiran dengan bilik air dan dapur mini teratak ini.

Teratak 1 mempunyai Dapur mini beserta dengan kelengkapan peti ais, microwave dan kelengkapan pinggan mangkuk untuk kegunaan anda.

RUMAH 2
[ 2 Bilik Tidur (No. 4), 1 Ruang Tamu, Ruang Makan,
1 Bilik Air / Tandas berasingan]
​
RUMAH 2, menawarkan satu keunikan tersendiri kerana rumah tersebut berada dibawah paras tanah yang menawarkan satu kelainan penginapan. Terdapat 1 bilik tidur dengan konsep studio bersaiz Queen ditawarkan. Ianya sejuk dan nyaman terutama diwaktu keterikan matahari diluar. Mempunyai pecahan 1 ruang tamu dalam bahagian teratak ini.

Jika ada kekosongan dan keperluan, pelanggan Inap Desa Sungai Rokam
boleh menyewa RUMAH 1 dan RUMAH 2 sekaligus. Wujud akses masuk
yang menggabungkan keduanya.
​
Kemudahan:

-
Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai
-
Kipas Angin, TV, Peti Ais, Microwave / Pinggan Mangkuk
-
Bilik 1, Katil Queen+ aircond
-
Bilik 2, Katil Queen + aircond
-
Dapur
-
Mesin Basuh Pakaian
-
Tandas & Bilik Air
Harga ditawarkan:
Pilihan 1 (untuk RUMAH 2 sahaja) - RM 180 sehari
Pilihan 2 ( gabungan RUMAH 1 dan RUMAH 2) - RM 350 sehari (ada akses)

Bilik ini bercorak studio yang bergabung dengan ruang tamu dibahagian bawah.

Peti Ais dan TV disediakan. Konsep Studio.

Medan diskusi dan berborak yang santai.

Meja makan disediakan dan bergabung dengan ruang tamu dibawah.

RUMAH 3
[3 bilik tidur king bed, Ruang tamu, Ruang Makan, Dapur,
2 Bilik Air / 3 tandas ]
​
RUMAH 3 terletak dibahagian rumah yang menawarkan 3 bilik tidur. Bilik tidur 4 dan Bilik Tidur 5 ini memberikan pilihan kepada dan untuk katil 'queen size' dan 2 katil 'single '. Sesuai untuk yang telah berkeluarga. Dihubungkan dengan rung tamu yang santai dan dapur. Bilik air juga ada di teratak ini. RUMAH 3 diakses melalui pintu tepi rumah. Ruang dapur yang luas serta ruang tamu yang selesa terutama jika anda telah bekeluarga. Boleh disewa secara berasingan untuk bilik tidur yang ditawarkan. Bilik Tidur No.4 adalah amat besar untuk ruang solat dan boleh memuatkan tambahan tilam jika diperlukan.
Kemudahan:

-
Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai
-
Penghawa dingin setiap bilik, TV, Peti Ais, Microwave / Pingan Mangkuk
-
Ruang dapur untuk memasak
-
Mesin Basuh baju
-
3 Bilik setiap satu kayil Queen + aircond
-
Tandas & Bilik Air
​
Harga ditawarkan: RM 280 sehari
Rumah ini boleh dibahagikan biliknya untuk sewaan
1 bilik sahaja: RM 80
2 bilik sahaja: RM 180

Dilengkapi dengan sofa, meja makan, televisyen dan kipas angin.

Almari pakaian dan ruang bilik yang besar.

Katil bersaiz 'master bed' beserta dengan penghawa dingin.

2 katil 'single' disediakan dengan gubahan bilik menawan. Kipas disediakan.

Kelangkapan dapur yang lengkap, pemanas air, microwave dan sinki pembasuh disediakan.